Status From a Statue

Perjuangan aku, ada 'Putus Asa'. Tapi ingat, aku tak selamanya berkubur. Aku akan pasti bangkit. Dan jangan sekali kali terus memberi penolakkan, kerana aku pasti berikan satu pertembungan keras.

Nuffnag

Cari yang tidak diterjumpaan!

Loading...

Old Entry

Monday, June 10, 2013

Hello Karimun Island Tanjung Balai, Indonesia

Tempat yang kecil with full of excitement. Tapi tidak dinafikan tempat kecil seperti ini mampu membawa jutaan cerita bagi aku si gadis yang suka berkelana.

Dari Muar ke Pontian menaiki Bas MayangSari , perjalanan hampir 3 jam. Di situ aku berkenalan dengan sorang wanita yang usianya dalam linkungan 30-an, Kak Sal. Kak Sal berasal dari salah sebuah perkampungan di Tanjung Balai, beliau menawarkan aku tempat tinggal dan membawa aku mengenal tempat dan budaya setempat. Malangnya aku mempunyai waktu yang terhad dan tidak mahu menyusahkan beliau. Sebaiknya aku mencari hotel di tengah pekan untuk memudahkan lagi sesi perjalanan aku.

Setibanya di Pontian, aku dan Kak Sal menuju ke stesen teksi memandangkan kami ketinggalan bas untuk ke Kukup, Johor. Di situ, kami menaiki teksi bersama lagi 2 orang untuk mencukupkan kenderaan. Dan aku berkenalan pula dengan 2 orang lelaki yang berasal dari Singapura dan Malaysia. We end up dealing to walk in Tanjung Balai all together.


Ferry yang dinaiki selama sejam ini tidak membuatkan aku pening/mabuk. Alhamdulillah, risau juga kalau mabuk nanti tak dapat enjoy di Karimun. Aku sempat bergambar di atas ferry tersebut, open air lagi best dari berada di dalam ferry yang sesak.


Memasuki Pulau Karimun masih menggunakan pasport atas sebab perairan Indonesia. Jangan lupa merasa ayam penyet dekat pelabuhan. Sedap, ayam kecil je size macam ikan puyuh. Tapi lazat tak terkata!



Tepat jam 4 petang aku tiba di Tanjung Balai, Indonesia. Memang sebuah kepulauan yang kecil, dan kepadatan penduduk, penuh excitement! Aku melangkah gagah, mencari tempat penginapan. Memandangkan aku menjengah di hari minggu dan minggu terakhir cuti sekolah. Kebanyakkan fully booked!  Royale Hotel harga paling menarik - 80,000RPH. Tapi full, so atlast aku amek Wisma Victoria dengan harga 100,000RPH. Bilik yang aku dapat, aircon lambat sejuk. Untungnya, aku tak ada dalam bilik pon. Berjalan jeeeee...


Seusai check-in, aku menyewa moto dari pekerja di Wisma Victoria. Aku dan abang Din merempit di tengah pekan. Kami round satu pekan sehingga jam 7 since jam 6lebih orang dah azan Maghrib. Seperti kebiasaan aku di Malaysia, jam 8 baru keluar semula mencari sesuap nasi dan energize diri sendir dengan mencuci mata.


Di Wisma Victoria tak ada wifi , jadi malam itu aku ke warnet (cybercafe) untuk inform kepada yang tersayang bahawa aku telah selamat tiba dan sedang menikmati cuti-cuti yang berbaki. Sejam di warnet, aku keluar ke pasar malam. Pelbagai makanan dan pakaian boleh didapati disini. Boleh cuba semuanya. 


Keesokkan paginya aku melantak LONTONG, jujurnya lazat! Hinggakan 3 lagi rakan aku menambah lontong dan nasi lemak disitu.Alangkah indahnya boleh menikmati makanan sebanyak itu.


Jangan lupa ke Pantai-pantai yang menarik di sana. Cuma aku tidak berkesempatan ke Air Terjun. Sayang sekali.



Disepanjang perjalanan kami, tersergam indah Masjid di setiap kilometer. Pelbagai warna, size dan bentuk.



















Jadual Perjalanan + Cost akan di update semula :D
Sorry for the long bored story from me!

No comments: